Tentang Cinta
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa
memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah
membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian
membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua
tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena
Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai.
Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang
gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu
pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang
menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang
lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia
untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan
sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal
jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa
sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu
masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan
rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai
seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu
dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan
terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai
harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya,
walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai,
walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai
keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang
tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa
catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata
cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan
bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita
harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi
membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi
menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan
semangat -Hamka
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu
beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga,
derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang
tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu
tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika
kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa
pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan
seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya,
dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99
disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang
yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda
mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang
mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu,
tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga,
kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana
sungai mengalir selamanya.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan
batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat
budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang
kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang
kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu
temukan di dalam dirinya.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada
tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih
dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke
tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan,
penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh
kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia
budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka
Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di
bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala
kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala
luka di hati orang yang mendengarnya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh
cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan
jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan
dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika
manusia dapat menilai kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak.
Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya
jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga
memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar
diperoleh.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih
sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih
sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)
No comments:
Post a Comment